Letak Penghadang Ketika Solat





Dari Musa bin Talhah r.a, dari bapanya katanya:”kami solat sedangkan haiwan-haiwan lalu lintas di hadapan kami. Maka hal itu kami tanyakan kepada Rasulullah s.a.w. sabda baginda:”Letakkanlah semacam pancang (batas) di hadapanmu, maka apa yang lewat di balim pancang itu tidak akan mengganggu solatmu.”
 
  
 
Huraian
 
DISUNATKAN kepada setiap orang yang hendak sembahyang untuk membuat batas tempat sembahyangnya dengan menghadap pada tembok atau kayu yang panjangnya sekitar tiga suku hasta. 


Maksudnya supaya ketika sembahyang tidak ada orang yang lalu dihadapan kerana lalu di hadapan orang yang sedang sembahyang hukumnya HARAM.





                                                                    







sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...