Beriman Tanpa Rasa Takut








Huzaifah r.a berkata, Nabi SAW bersabda maksudnya: 

“ Tulislah untuk ku nama orang-orang yang telah melafazkan kalimah Islam di antara manusia. Maka kami pun menulis untuk nabi seribu lima ratus orang. Kemudian kami berkata: “Apakah kami takut kepada musuh padahal kami berjumlah 1500 orang?” Maka sesungguhnya saya telah melihat bahawa kami diberikan ujian sehingga ada seseorang (di antara kami) bersembahyang bersendirian di dalam ketakutan.”

  

Huraian
 
Iman ialah membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan dan melakukan dengan anggota badan.


Orang yang beriman ialah orang yang percaya, mengaku dan beramal dengan apa yang diimaninya. Firman Allah SWT yang maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar menegakkan keadilan, menjadi saksi kerana Allah, biarpun terhadap diri mu sendiri ataupun ibu bapa dan kerabat mu."

(An-Nisa: 135) Keunggulan orang yang memiliki keimanan yang teguh di hatinya tampak dalam setiap perkara yang dilakukannya dan setiap perkataan yang diucapkannya.

Tanpa ragu dan gentar dia tetap dengan keimanannya itu jauh sekali untuk malu dan takut terhadap musuh.





















                                                                 
sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...