Mendirikan solat
Semua
manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan keatasnya solat fardu lima
waktu sehari semalam. Solat fardu dengan rajin dan lakukannya solat sunat
bagi menampung kekurangan yang terdapat pada solat wajib itu tadi.
Menjaga solatnya
Seseorang
yang wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu. Selain
khusyuk,menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat
dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat
itu mesti diawal waktu dan tidak berlengah- lengah.
Bersyukur dan redha
Manusia
ini biasa mempunyai tabiat yang buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau
musibah sering mengeluhdan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Sebaiknya
kita bersyukur dan redha dengan setiap pemberian Allah.
Selalu bersedekah
Murah
hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila
semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama.
Sehingga malikat berdoa agar orang yang rajin memberi sedekah itu Allagh S.W.T
akan gantikan dangan ganjaran yang berlipat kali ganda.
Menjaga maruah diri
Untuk
menjadi wanita solehah hendaklah wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup
aurat dengan betul.memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan
yang boleh mendorongnya melakukan maksiat dan perbuatan keji.
Takut murka Allah
Wanita
solehah sentiasa patuh kepadaajaran Allah dan menjauhi semua laranganNya.
Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu
maha melihat semua perbuatan hambaNya.
Menjaga amanah.
Sebagai
wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah
menjadi seorang isteri, seorang ibu , seorang pekerja, seorang tertangga.
Amanah kepada Allah seperti di dalam surah Al-Fatihah , ‘kepada Engkau kami
menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.
Pandai mengaji Al-Quran
Wanita
solehah selain solat, menjaga solatnya dengan istiqamah, menjaga amanah
dan memelihara diri, mestilah juga tahun mengaji quran dan suka /sering menjadikan
Quran itu sebagai sahabatnya. Sesungguhnya rumah yang tidak diperdengarkan
alunan bacaan Quraan ibarat sebuah kubur.
johneox.wordpress
johneox.wordpress