10 Wasiat Imam Syafie Kepada Muridnya
DIRIWAYATKAN, sebelum Imam Syafie kembali ke Rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada sebahagian daripada muridnya yang boleh dijadikan panduan kepada umat Islam. Wasiat yang dimaksudkan ialah pesanan dan nasihat beliau yang yang sangat bernilai.
Berikut ialah antara kandungan wasiat itu: “Sesiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”
Pertama: Hak kepada diri – mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
Kedua: Hak kepada malaikat maut – mengqandakan kewajipan yang tertinggal , mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan berasa cinta kepada Allah.
Ketiga: Hak kepada kubur – membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi.
Keempat: Hak kepada Munkar dan Nakir – tidak tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
Kelima: Hak kepada Mizan (Neraca Timbangan Amalan Pada Hari Akhirat) – menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.
Keenam: Hak kepada Sirat (titian yang merentangi neraka pada hari akhirat) – membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
Ketujuh: Hak kepada Malik (Malaikat Penjaga Neraka) – menangis lantaran takut kepada Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.
Kelapan: Hak kepada Ridhwan (Malaikat Penjaga Syurga) – berasa reda kepada qada Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas hikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
Kesembilan: Hak Kepada Nabi saw – bersalawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-sunnah (hadis) menyayangi sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan daripada Allah.
Kesepuluh: Hak kepada Allah SWT – mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada keburukan, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan

Hukum Akikah Bayi Yang Meninggal Selepas Dilahirkan

Soalan:

adakah sunat membuat aqiqah bagi bayi yang lahir mati sebelum hari ke tujuh @ selepas hari ke tujuh

Jawapan:

Pandangan yang menjadi pilihan ialah tidak disunatkan lagi menyembelih akikah untuk bayi yang lahir kemudian meninggal dunia. Hal ini kerana antara tujuan akikah itu dilakukan ialah ia seumpama tebusan yang diserahkan setelah dikurniakan anak dan mengharapkan ia membesar dalam keadaan sihat tubuh-badannya dan jauh dari kejahatan syaitan. Jika bayi itu meninggal dunia maka hilanglah tujuan ini. Inilah juga pandangan al-Syeikh Soleh bin Fauzan Al-Fauzan. (Lihat:http://ar.islamway.net/fatwa/10874)

Sekalipun demikian sesiapa yang hendak melakukan akikah bagi anaknya yang meninggal selepas dilahirkan, dia berhak melakukannya.

Para ulama berbeza pandangan tentang akikah bagi bayi yang lahir kemudian meninggal dunia. Sebahagian ulama berpandangan bayi tersebut tetap juga sunat diakikahkan berdasarkan hadis:

كل غلام مرتهن بعقيقته تذبح عنه يوم سابعه، ويحلق رأسه ويسمى

Maksudnya: “Setiap bayi hendaklah diakikahkannya, disembelih pada hari yang ketujuh, dan dicukur rambutnya dan diberikan nama (pada hari tersebut).” (HR al-Tirmizi dan selain beliau. Al-Tirmizi juga mensahihkan hadis ini)

Inilah pandangan para ulama mazhab Syafie dan Hambali.    
         
Perkataan yang ada di dalam hadis: مرتهن بعقيقته terdapat beberapa pandangan ulama tentang maksudnya:

1.    Terhalang dari syafaat untuk kedua ibu-bapanya jika budak itu tidak diakikahkan. Namun pandangan ini dinilai lemah oleh Ibn al-Qayyim. (lihat link fatwa Soleh Fauzan di atas)
2.    Ia bermaksud jika tidak diakikah seolah-oleh dia masih belum ditebus seperti sesuatu yang dipajak berada dalam penguasaan pemegang pajakan yang tidak akan dilepaskan melainkan dengan dilangsaikan hutang.
3.    Ia seperti sesuatu yang dipajak, yang tidak dapat dimanfaatkan sebaik mungkin tanpa dilangsaikan pajakan tersebut.
4.    Sesuatu nikmat akan menjadi sempurna kepada seseorang jika dia bersyukur. Maka bersyukur dengan nikmat dikurniakan anak ialah dengan apa yang telah disunnahkan oleh Nabi SAW iaitulah melakukan akikah sebagai tanda syukur dan mengharapkan keselamatan bayi. Boleh juga difahami ia bertujuan mengharapkan keselamatan bayi dan tumbesarannya yang baik. (Lihat Hasyiah al-Sindiy ‘Ala Ibn Majah)

Manakala ulama dari mazhab Maliki dan Hanafi berpandangan tidak perlu diakikahkan lagi kerana akikah hanya disunatkan pada hari yang ketujuh sahaja. mereka berdalilkan dengan hadis Nabi SAW:

تذبح عنه يوم سابعه

Maksudnya: “Disembelihkan akikah untuk bayi itu pada hari yang ketujuh kelahirannya.”

Wallahu a’lam.
 photo QQ-printed-2.gif




Maksud atau Makna Bacaan Dalam Solat

Ada orang dah solat berpuluh tahun, tapi still tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat yang diorang buat (ramai sebenarnya). Tak hairan la kalau tak kusyuk dalam sembahyang. Oleh itu, marilah kita renung-renungkan dan paham-pahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat.

Maksud atau Makna Bacaan Dalam Solat

Takbiratul-Ihram / Takbir

Allah Maha Besar.

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.




 photo sparepart.gif

Terima Undangan Dan Menerima Hadiah







Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sekiranya aku dijemput menghadiri sesuatu majlis mahupun kecil atau besar nescaya aku menerima jemputan tersebut dan sekiranya aku dihadiahkan sesuatu barang yang bernilai atau tidak nescaya aku menerimanya juga”
  




  
Huraian
 
1. Dalam kehidupan bermasyarakat, kita hendaklah menjaga hati dan perasaan orang lain agar hubungan silaturahim sentiasa terjaga selain dapat menghindari perselisihan faham yang mengakibatkan perbalahan dan perpecahan.


2. Rasulullah s.a.w contohnya tidak pernah menolak sebarang pemberian atau hadiah dan baginda juga tetap menerima apa juga bentuk jemputan tanpa membeza-bezakannya sama ada kecil, besar, kaya, miskin atau sebagainya.


3. Orang yang memilih- milih jemputan bagi sesuatu jamuan atau hadiah yang diberikan kepadanya adalah mempamerkan sifat orang yang sombong dan bongkak sedangkan sifat ini adalah sangat dilarang di dalam Islam.




 photo esp-1.gif
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...